13 Januari 2012

UlangKaji Pelajaran untuk SRA Student :) Akhlak #Adab Tidur


shh.. jangan kacau, baby ni tengah tidur nyenyak :>


Okay, ustazah cakap perlahan-perlahan k, takut baby kat atas tu terjaga. hihi. Okay, ustazah bergurau je. Mari kita mulakan dengan adab hendak tidur dulu. Siapa tahu adab-adab hendak tidur ada berapa? Boleh kira ada berapa? Fuhh, rasa-rasanya, kalau nak kira dengan jari pun tak cukup. Sebab adab untuk tidur ni terlalu banyak. Jadi, kat sini ustazah akan tunjukkan beberapa adab-adab untuk tidur :)



Antara Adab-adab Tidur yang boleh ustazah listkan kat sini :-


#1. Tidurlah di tempat yang selesa :)


Katil dan Tilam yang selesa :>

- Kita dapat tidur dengan selesa dan aman.
- Badan rasa segar dan kuat.
- Tidak rasa lenguh-lenguh dah.
- Dapat bermimpi dengan aman dan damai :)



#2. Pakailah baju yang sesuai dan selesa untuk tidur, tutup  aurat juga yaa :)



Pakai lah baju yang selesa :>

 - Dapat mengelakkan ketidakselesaan :)
- Mengekalkan suhu yang selesa untuk tidur
- Memudahkan proses untuk tidur


#3. Gosok Gigi sebelum tidur :D

  
Gosok Gigi sampai putih tau :>

 - Membuang sisa-sisa makanan yang ada dalam mulut
- Mengelakkan serangan lipas, semut dan lain-lain serangga
- Tak rasa nak makan dah, bila nak masuk tidur
- Memutihkan gigi



#4. Jangan lupa Berwudhu'


Berwudhu' mestilah dengan sempurna :>
 - Menjadi pelindung semasa tidur daripada gangguan syaitan dan makhluk halus
- Dapat menyucikan anggota badan
- Memberikan kesegaran sebelum tidur
- Mengelakkan anggota badan di serang oleh nyamuk



#5. Baca Surah 3 Qul setiap hari sebelum tidur :- An-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.



 - Membacanya, paling kurang 3 kali :)
- Surah ini juga sebagai pelindung semasa kita tidur
- Surah yang amat mudah untuk di baca, jangan missed pulak



#6. Memaafkan Kesilapan Orang lain :>



Maafkan segala kesilapan orang lain :>

- Mengurangkan bebanan yang kita tanggung
- Dapat pahala kerana berjaya memaafkan kesilapan orang lain
- Memaafkan kesilapan orang lain adalah perkara yang amat sukar dilakukan. 



#7. Kedudukan Mengiring yakni Baring diatas rusuk sebelah kanan dan Menghadap Kiblat.


Baring mengiring macam ni lah :>
- Sunnah Rasulullah S.A.W


 #8. Baca lah Doa tidur :)



- Kat atas ni, telah di sedia kan doa hendak tidur, Baca yee :)
- Baca lah Doa, Tidur akan lebih berkat

#9. Lelapkan je mata 8D

 

lelapkan mata dengan comel :)

Haa, Lepas itu Tidur lah :)
Senangkan? Kalau senang, Selamat Beramal :D

*Nantikan Pelajaran yang seterusnya ya :)


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

▷ Casino site ᐉ Casino site without a deposit bonus
Casino site without a luckyclub.live deposit bonus. Play free casino games. Play for real money at Lucky Club. Live now. Live casino with real money.