13 Januari 2012

UlangKaji Pelajaran untuk SRA Student :) Akhlak #Adab Tidur


shh.. jangan kacau, baby ni tengah tidur nyenyak :>


Okay, ustazah cakap perlahan-perlahan k, takut baby kat atas tu terjaga. hihi. Okay, ustazah bergurau je. Mari kita mulakan dengan adab hendak tidur dulu. Siapa tahu adab-adab hendak tidur ada berapa? Boleh kira ada berapa? Fuhh, rasa-rasanya, kalau nak kira dengan jari pun tak cukup. Sebab adab untuk tidur ni terlalu banyak. Jadi, kat sini ustazah akan tunjukkan beberapa adab-adab untuk tidur :)



Antara Adab-adab Tidur yang boleh ustazah listkan kat sini :-


#1. Tidurlah di tempat yang selesa :)


Katil dan Tilam yang selesa :>

- Kita dapat tidur dengan selesa dan aman.
- Badan rasa segar dan kuat.
- Tidak rasa lenguh-lenguh dah.
- Dapat bermimpi dengan aman dan damai :)



#2. Pakailah baju yang sesuai dan selesa untuk tidur, tutup  aurat juga yaa :)



Pakai lah baju yang selesa :>

 - Dapat mengelakkan ketidakselesaan :)
- Mengekalkan suhu yang selesa untuk tidur
- Memudahkan proses untuk tidur


#3. Gosok Gigi sebelum tidur :D

  
Gosok Gigi sampai putih tau :>

 - Membuang sisa-sisa makanan yang ada dalam mulut
- Mengelakkan serangan lipas, semut dan lain-lain serangga
- Tak rasa nak makan dah, bila nak masuk tidur
- Memutihkan gigi



#4. Jangan lupa Berwudhu'


Berwudhu' mestilah dengan sempurna :>
 - Menjadi pelindung semasa tidur daripada gangguan syaitan dan makhluk halus
- Dapat menyucikan anggota badan
- Memberikan kesegaran sebelum tidur
- Mengelakkan anggota badan di serang oleh nyamuk



#5. Baca Surah 3 Qul setiap hari sebelum tidur :- An-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.



 - Membacanya, paling kurang 3 kali :)
- Surah ini juga sebagai pelindung semasa kita tidur
- Surah yang amat mudah untuk di baca, jangan missed pulak



#6. Memaafkan Kesilapan Orang lain :>



Maafkan segala kesilapan orang lain :>

- Mengurangkan bebanan yang kita tanggung
- Dapat pahala kerana berjaya memaafkan kesilapan orang lain
- Memaafkan kesilapan orang lain adalah perkara yang amat sukar dilakukan. 



#7. Kedudukan Mengiring yakni Baring diatas rusuk sebelah kanan dan Menghadap Kiblat.


Baring mengiring macam ni lah :>
- Sunnah Rasulullah S.A.W


 #8. Baca lah Doa tidur :)



- Kat atas ni, telah di sedia kan doa hendak tidur, Baca yee :)
- Baca lah Doa, Tidur akan lebih berkat

#9. Lelapkan je mata 8D

 

lelapkan mata dengan comel :)

Haa, Lepas itu Tidur lah :)
Senangkan? Kalau senang, Selamat Beramal :D

*Nantikan Pelajaran yang seterusnya ya :)


12 Januari 2012

Masjid Masjid Daripada Seluruh Dunia :> Part 2 <:

#5. MASJID AGUNG


 - Senibina berbeza pada 1874 dan siap pada 1902
- Didirikan di atas sebuah bukit kecil di Sungai Penuh, Barat Daya Sumatra  
- Setinggi 100 kaki
- Segala binaan kayu tanpa sebarang paku


Masjid Agung Demak





#6. Qol Sherif Mosque - Kul Serif Camii

- Masjid terbesar di Rusia
- Dibina di Kazan Kremlin di abad ke 16
- Mempunyai 8 minaret
- Dibina pada awal Renaissance dan Ottoman pada 1552 masjid ini
- Dan masjid ini telah dimusnahkan oleh orangorang Rusia
- Masjid ini dibina semula pada tahun 1996

Masjid Qol Sherif di Rusia

#7.  MASJID ADHAI-DIN
- Nama masjid ini dalam bahasa Melayu ialah 2 hari 1/2
- Ada sumber mengatakan masjid ini dibina dalam masa 2 hari 1/2 (mengikutnamanya)
- Masjid ini terletak di India
- Ruangan dalam lebih kepada senibina hindu lama dan
- Dipercayai asal binaan adalah sebuah Kolej Sanskrit
- Mohamad Ghori telah menjadikannya sebagai sebuah Masjid pada 1198
 - Beliau telah membina 7 Pintu gerbang melambangkan versa Al Quran
- Rekabentuk masjid ini di buat oleh Abu Bakr of Herat

Masjid Adhai-Din

#7. MASJID UMAYYAD
- Sebuah kuil bagi kaum Aramic untuk menyembah tuhannya, Hadad pada suatu masa dulu
- Pada zaman Rom ia menjadi kuil Jupiter dan menjadi gereja pada abad ke 4
- Dibesarkan lagi kawasannya dan menjadi Cathedral of St. John
- Pada 661M, Islam telah menawan kota Damascus oleh Muawiyah b Abu Sufyan
- Muslim telah berkongsi masjid ini dengan penganut Kristian
- Islam solat sebelah timur dan kristian sebelah barat
- Beberapa tahun kemudian, Walid b Malek telah berfikir untuk membezakan hakhak Islam
- Beliau telah berbincang dan membuat keputusan dengan ketua2 Kristian
- Pihak islam mengambil alih kesemua binaan tersebut utk di jadikan sebuah masjid
- Dan Gereja-gereja lain tidak akan di sentuh sama ada dgn gereja2 baru ataupun lama


Satu sudut yang terletak di Masjid Ummayad

6 Januari 2012

Makkah Al-Mukarramah Pada 126 Tahun yang Lalu :O


Masjidil Haram Al-Mukarramah :>



Kaabah :>



Jemaah Haji di Padang Arafah :>



Khemah sementara di Padang Arafah :>



Bukit di Padang Arafah :>



Para Jemaah berehat di Padang Arafah :>



Para Jemaah berkumpul di Maqam Saidatina Maimunah :>



Percetakan yang di bina oleh Kerajaan Othamaniah di Makkah Al-Mukarramah :>




Pemandangan Umum di Makkah Al-Mukarramah :>



Kota Makkah Al-Mukarramah di kelilingi bukit bukau pada tahun 1885 m :>



Jemaah Haji di Wadi Mina :>
 Thanks to http://www.waraqat.net/ :)

Masjid Masjid Daripada Seluruh Dunia :> Part 1 <:


#1. MASJID AGUNG XI'AN

- Mula dibina pada zaman Dinasti Tang
- Semasa pemerintahan Emperor Xuanzong, 685-762
- Ke Timur akhir Laluan Silk Road
- Digunakan sehingga sekarang oleh Masyarakat Hui
- Terserlah dgn senibina tempatan tanpa dome dan menara kecuali Hiasan Khat Al Quran
*Memang sebuah tempat mencari ketenangan dan kedamaian jiwa

Masjid Agung Xi'an :)



#2. MASJID MUSTAFA PASHA
- Bandar Lama Skopje.
- Kelihatan runtuhan kota lama binaan abad ke 10 dan Masjid dibina 5 abad kemudian
- Masjid ini dibina atas runtuhan lama tempat ibadat Kristian pada 1492
- Dibina sebgai memperingati Mustafa Pasha di zaman empayar Ottoman
- MP ini adalah wazir kpada sultan Selim 1, meningal pada 1519 dan disemadi sebelah
utara masjid
- Binaan dinding dengan dua lapisan batu bat
Masjid Mustafa Pasha :>



#3. MASJID BESAR ABU DHABI

- Terletak di persimpangan Jalan Airport dan Zayed
- Adalah merupakan Masjid terbesar di United Arab Emirates
- Mempunyai 45 dome kecil dan 9 dome besar
- Boleh menampung jemaah seramai 1,200 org dalam sesuatu masa

Abu Dhabi Mosque




#4. MASJID DJENNé CITY
- Terletak di tengah bandar Mali merupakan warisan dunia oleh UNESCO
- Seluruh binaan dari lumpur tanah liat dan batubata
- Bandar ini dibina pada 800M dan menjadi pusat perdagangan
- Amat penting pada abad ke 16
- Masjid ini dibina pada 1240
- Arkitek ialah Ismaila Traoré
Masjid Djenné city
*Nanti kan Part 2 pulak yee :)

Jom, meng IMARAH kan Masjid :D


 Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah : >
 
 Daripada Ayat Al-Quran Al-Karim :-


“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.
Surah At-Taubah


             Assalamuaikum semua :) Di hari yang penuh INDAH dan PERMAI ini, saya nak share sikit tentang meng HIDUP kan masjid. Apa yang anda semua faham tentang meng HIDUP kan masjid? Adakah seperti memberi NYAWA kepada masjid? Ataupun memberikan tangan dan kaki kepada masjid untuk ia ber GERAK? Semestinya BUKAN ! meng HIDUP kan masjid adalah bermaksud meng IMARAH kan ataupun me MERIAH kan masjid dalam setiap masa. Its not hard to do it. Cuma perlu datang ke Masjid yang berdekatan pada setiap waktu. Itupun sudah cukup untuk meng HIDUP kan masjid :)




*Zaman Sekarang - Masjid je INDAH, BESAR dan bernilai JUTAAN ringgit, tetapi TIADA jemaahnya.


Disini saya sertakan SEJARAH MASJID :]

Masjid Quba di sekitar Madinah Al-Munawarah :>
Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 September 622Masihi, RASULULLAH SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah Al-Mukaramah. Baginda tinggal di kampung Quba' ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang PERTAMA di BINA dalam SEJARAH umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW meng IMAM i sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

*Itu saja sejarah masjid yang dapat saya ringkaskan .





Ajak RakanRakan kita ke MASJID :>

Cara-Cara Nak MengImarahKan Masjid :)

 + Untuk mengHIDUPkan masjid, SETIAP lapisan masyarakat perlulah bekerjasama umpama " Ke bukit sama di daki, Ke lurah sama di turuni ". Faham tak maksud ---> setiap lapisan masyarakat ? Ini bermaksud SEMUA orang harus melibatkan diri dalam projek amal ini termasuk lah --> AJK surau/masjid, Pihak Media, Para IbuBapa dan AnakAnak itu sendiri. Antara caracaranya :-



Bagi AJK surau/masjid ^,^
# Buat Program yang dapat menarik remaja dan anakanak seperti Perkhemahan buat Remaja.
# Anjurkan Pertandingan seperti Tadarus Al-Quran, Azan, Nasyid dan etc.
# Bina satu court Futsal, Badminton dan Takraw ( remaja boleh terus solat kalau tiba waktu solat )
# Jemput orangorang yang famous dan pandai memberi ceramah untuk memberi ceramah di masjid --> Zizan
# Selalu buat Kenduri atau Jamuan .

Untuk Pihak media :>
~ Siarkan IklanIklan yang mengajak kita ke masjid .
~ Siarkan ceritacerita yang berTEMAkan Masjid dan Islam seperti cerita Alaf21 (yang cerita Raihan tu)
~ MengHENTIkan siaran pada waktuwaktu SOLAT.
~ Elakkan daripada menyiarkan perkaraperkara yang dapat mengGELAPkan hati seorang MUSLIM.
~ Menyiarkan Azan pada waktuwaktunya.


Ibu Bapa pula :}
> Memberi GALAKAN kepada anakanak untuk ke Masjid.
> Menjadi Teladan kepada anakanak ---> Pergi ke Masjid pada setiap waktu.
> MenDIDIK anak sejak dari kecil untuk ke Masjid --> Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya :D
> MenDENDA anakanak yang TIDAK ke Masjid.
> MengAJAK anakanak ke Masjid pada setiap waktu.



Anak-anak nya :)
= Dengar KataKata IbuBapa :)
= Memilih kawankawan yang SUKA ke Masjid.

= PRACTISE untuk ke Masjid pada setiap waktu.
= Mengelakkan diri daripada membuat MAKSIAT.
= PAKSA diri untuk ke Masjid.




 *PerkaraPerkara di atas antara caracara untuk meng IMARAH kan Masjid :)
Semua tu antara caracara jee, banyak lagi cara yang berkesan dapat di buat.