13 Januari 2012

UlangKaji Pelajaran untuk SRA Student :) Akhlak #Adab Tidur


shh.. jangan kacau, baby ni tengah tidur nyenyak :>


Okay, ustazah cakap perlahan-perlahan k, takut baby kat atas tu terjaga. hihi. Okay, ustazah bergurau je. Mari kita mulakan dengan adab hendak tidur dulu. Siapa tahu adab-adab hendak tidur ada berapa? Boleh kira ada berapa? Fuhh, rasa-rasanya, kalau nak kira dengan jari pun tak cukup. Sebab adab untuk tidur ni terlalu banyak. Jadi, kat sini ustazah akan tunjukkan beberapa adab-adab untuk tidur :)



Antara Adab-adab Tidur yang boleh ustazah listkan kat sini :-


#1. Tidurlah di tempat yang selesa :)


Katil dan Tilam yang selesa :>

- Kita dapat tidur dengan selesa dan aman.
- Badan rasa segar dan kuat.
- Tidak rasa lenguh-lenguh dah.
- Dapat bermimpi dengan aman dan damai :)



#2. Pakailah baju yang sesuai dan selesa untuk tidur, tutup  aurat juga yaa :)



Pakai lah baju yang selesa :>

 - Dapat mengelakkan ketidakselesaan :)
- Mengekalkan suhu yang selesa untuk tidur
- Memudahkan proses untuk tidur


#3. Gosok Gigi sebelum tidur :D

  
Gosok Gigi sampai putih tau :>

 - Membuang sisa-sisa makanan yang ada dalam mulut
- Mengelakkan serangan lipas, semut dan lain-lain serangga
- Tak rasa nak makan dah, bila nak masuk tidur
- Memutihkan gigi



#4. Jangan lupa Berwudhu'


Berwudhu' mestilah dengan sempurna :>
 - Menjadi pelindung semasa tidur daripada gangguan syaitan dan makhluk halus
- Dapat menyucikan anggota badan
- Memberikan kesegaran sebelum tidur
- Mengelakkan anggota badan di serang oleh nyamuk



#5. Baca Surah 3 Qul setiap hari sebelum tidur :- An-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.



 - Membacanya, paling kurang 3 kali :)
- Surah ini juga sebagai pelindung semasa kita tidur
- Surah yang amat mudah untuk di baca, jangan missed pulak



#6. Memaafkan Kesilapan Orang lain :>



Maafkan segala kesilapan orang lain :>

- Mengurangkan bebanan yang kita tanggung
- Dapat pahala kerana berjaya memaafkan kesilapan orang lain
- Memaafkan kesilapan orang lain adalah perkara yang amat sukar dilakukan. 



#7. Kedudukan Mengiring yakni Baring diatas rusuk sebelah kanan dan Menghadap Kiblat.


Baring mengiring macam ni lah :>
- Sunnah Rasulullah S.A.W


 #8. Baca lah Doa tidur :)



- Kat atas ni, telah di sedia kan doa hendak tidur, Baca yee :)
- Baca lah Doa, Tidur akan lebih berkat

#9. Lelapkan je mata 8D

 

lelapkan mata dengan comel :)

Haa, Lepas itu Tidur lah :)
Senangkan? Kalau senang, Selamat Beramal :D

*Nantikan Pelajaran yang seterusnya ya :)


12 Januari 2012

Masjid Masjid Daripada Seluruh Dunia :> Part 2 <:

#5. MASJID AGUNG


 - Senibina berbeza pada 1874 dan siap pada 1902
- Didirikan di atas sebuah bukit kecil di Sungai Penuh, Barat Daya Sumatra  
- Setinggi 100 kaki
- Segala binaan kayu tanpa sebarang paku


Masjid Agung Demak





#6. Qol Sherif Mosque - Kul Serif Camii

- Masjid terbesar di Rusia
- Dibina di Kazan Kremlin di abad ke 16
- Mempunyai 8 minaret
- Dibina pada awal Renaissance dan Ottoman pada 1552 masjid ini
- Dan masjid ini telah dimusnahkan oleh orangorang Rusia
- Masjid ini dibina semula pada tahun 1996

Masjid Qol Sherif di Rusia

#7.  MASJID ADHAI-DIN
- Nama masjid ini dalam bahasa Melayu ialah 2 hari 1/2
- Ada sumber mengatakan masjid ini dibina dalam masa 2 hari 1/2 (mengikutnamanya)
- Masjid ini terletak di India
- Ruangan dalam lebih kepada senibina hindu lama dan
- Dipercayai asal binaan adalah sebuah Kolej Sanskrit
- Mohamad Ghori telah menjadikannya sebagai sebuah Masjid pada 1198
 - Beliau telah membina 7 Pintu gerbang melambangkan versa Al Quran
- Rekabentuk masjid ini di buat oleh Abu Bakr of Herat

Masjid Adhai-Din

#7. MASJID UMAYYAD
- Sebuah kuil bagi kaum Aramic untuk menyembah tuhannya, Hadad pada suatu masa dulu
- Pada zaman Rom ia menjadi kuil Jupiter dan menjadi gereja pada abad ke 4
- Dibesarkan lagi kawasannya dan menjadi Cathedral of St. John
- Pada 661M, Islam telah menawan kota Damascus oleh Muawiyah b Abu Sufyan
- Muslim telah berkongsi masjid ini dengan penganut Kristian
- Islam solat sebelah timur dan kristian sebelah barat
- Beberapa tahun kemudian, Walid b Malek telah berfikir untuk membezakan hakhak Islam
- Beliau telah berbincang dan membuat keputusan dengan ketua2 Kristian
- Pihak islam mengambil alih kesemua binaan tersebut utk di jadikan sebuah masjid
- Dan Gereja-gereja lain tidak akan di sentuh sama ada dgn gereja2 baru ataupun lama


Satu sudut yang terletak di Masjid Ummayad

6 Januari 2012

Makkah Al-Mukarramah Pada 126 Tahun yang Lalu :O


Masjidil Haram Al-Mukarramah :>



Kaabah :>



Jemaah Haji di Padang Arafah :>



Khemah sementara di Padang Arafah :>



Bukit di Padang Arafah :>



Para Jemaah berehat di Padang Arafah :>



Para Jemaah berkumpul di Maqam Saidatina Maimunah :>



Percetakan yang di bina oleh Kerajaan Othamaniah di Makkah Al-Mukarramah :>




Pemandangan Umum di Makkah Al-Mukarramah :>



Kota Makkah Al-Mukarramah di kelilingi bukit bukau pada tahun 1885 m :>



Jemaah Haji di Wadi Mina :>
 Thanks to http://www.waraqat.net/ :)